BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 11 August 2010

Kun Fa Ya Kun

Salam perkenalan... sudah lama aku bercadang untuk menceburkan diri sebagai seorang blogger.. Namun rutin harianku yang agak menggila sering membantutkan niat ini... akhirnya hari ini sempena 1 Ramadhan...aku bertekad aku harus memulakannya... hehehhe...

Mari aku kenalkan diriku... aku seorang wanita...heheheh malu pulak...rasa besarnye title wanita itu... Aku berasal dari sebuah keluarga yang boleh dikatakan sempurna... aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang...aku mempunyai 2 orang kakak yang sangat cool and seorang adik lelaki yang sgt protective...hehhehe =)

Kehidupanku seperti juga kalian... bersekolah dan kemudiannya masuk universiti... aku boleh dikatakan seorang pelajar yang agak cemerlang... sepanjang rekod persekolahanku tak pernah lagi aku gagal sebarang subjek dan ini berlanjutan sehingga universiti...alhamdullillah... aku juga dikelilingi sahabat yang sangat baik dan penyayang.. malah ada di antaranya boleh ku anggap seperti adik-beradikku sendiri... kehadiran insan yang bergelar Aleya, Yana, Hazwan, Zura, Sheena, Shida, Bella, Faidz, Zaim, Sheila malah terlalu ramai untuk aku nyatakan satu persatu... telah membuatkan hari-hariku penuh dengan warna.... Nahhh setakat ini pasti ada yang beranggapan hidupku sempurnakan???

Seperti juga insan lain..aku tidak terkecuali dalam mengalami moment indah bila terlibat dalam percintaan... kali pertama aku bercinta zaman sekolah...hehheeh cinta monyet ke ungka pun aku tak pasti...hehheheh...namun perhubungan itu tidak kemana...bertahun lamanya aku mengambil masa demi memulihkan semangatku untuk bercinta kembali... kali kedua hubunganku bertahan 4 tahun... lama kan? perhubungan ku seringkali dilanda pertengkaran di sebabkan sikap ex-boyfriendku yang gemar job hopping....bertukar kerja macam bertukar baju!!! Haishh!! Namun demikian, aku tetap sabar menyokong dia dari belakang sehinggalah dia bekerja di sebuah company dan bertemu wanita lain yang kini bergelar tunangannya... Aku dilepaskan pergi atas alasan perasaan sayang sudah hilang... huhuhu... sedih jangan cakap... bebulan lamanya aku terkedu... setelah aku redha dan terima sidia seadanya... aku ditinggalkan bila dia bertemu dengan insan yang lebih manja dan mungkin juga lebih cantik dariku... aku tidak pasti dimana aku peroleh kekuatan untuk berdepan dengannya apabila suatu hari aku terserempak dia bersama teman barunya itu membonceng motosikal dalam keadaan yang sangat mesra... luka hatiku sangat parah ketika itu sehinggakan teman yang menemaniku ketika itu 'meng-offer' dirinya untuk memandu keretaku...'Risau lah orang tengok akak menangis' heheheh padahal mungkin apa yang terdetik di hatinya ketika itu adalah 'MAakkk aiii... mati juga aku kalau mcam gini cara dia memandu!!!'''' hehhehehe... Aku kemudiannya ke rumah ex aku dan berdepan dengannya.. setelah melihat dia seperti tidak terusik sedikit pun perasaan kerana menyakitiku aku...lantas aku bertegas untuk mengundur diri..."


Setelah itu hidupku bagaikan tiada maksud lain kecuali KERJA... berbulan setelah itu aku ditakdirkan pula untuk bertemu seorang lelaki... Setelah beberapa lama berkawan... perhubungan itu menjadi semakin rapat... dia yang pernah dikecewakan sebelum ini nyata masih paranoid dalam menjalinkan perhubungan...aku yang masih trauma...menjadi sangat sensitif dengan apa jua perkembangan dan pengecutan perhubungan kami... aku digeruni oleh ibunya yang beranggapan status kerja dan familyku tidak setanding dengan mereka... aku sedih... namun aku pasrah...kerana aku percaya Allah tahu apa yang terbaik untukku... Jauh di sudut hatiku aku berharap.. perhubungan ini berjaya... namun aku jua sedar bahawa segala yang telah, sedang dan akan berlaku adalah ketentuanNYA... KUN FA YA KUN...

No comments:

Post a Comment